Sunday, October 5, 2008

Tidak Sekadar Budaya Bermaafan....

"Sepatutnya dah selesai... Kata dah kosong-kosong. Ni tak... Masih ungkit-ungkit lagi. Masa raya dah mintak maaf bukan main lagi... ni dah nak gaduh balik semula..." Wajah anak saudara yang berumur 15 tahun itu berkerut-kerut hendak mengadu...

"Kenapa macam tu pulak??" Tanya saya dengan nada simpati. Wajah anak saudara saya yang berkerut itu jelas menunjukkan resah.

"Tak tahulah Pak Anjang... Kami dah bermaaf-maafan tapi masih macam gitu jugak... Nampak gaya macam maaf tak menjadi je. Pak Anjang kan selalu ada idea. Kenapa jadi macam tu hah?.."

Saya ketawa sedikit. Memang di kalangan anak saudara dan sepupu-sepupu juga saya dipandang begitu, Pak Aanjang banyak idea, kata mereka... Rakan-rakan karib juga beranggapan begitu.. heheh..

Saya yang dah mula perasan bagus ni, berfikir sejenak sebelum menjawab.
"Maaf tu kerja hati, kerja tangan atau kerja lidah?" Tanya saya.
Nampak dia terkejut.
"Errr... errr, pada saya, semuanya..."

"hmmm... betul!! Mulut mengucapkan, tangan bersentuhan, hati merelakan... Masa minta maaf tu, Ketiga-tiganya buat tak?" tanya saya lagi...

"Entahlah Pak Anjang... Tangan dgn mulut tu adalah. Tapi hati, tak pasti pulak... Kita bermaafan dalam suasana raya, ramai orang... sambil makan minum pulak tu. Tak perasan..."

"Hmmm... patutlah pun. Yang penting sekali, hati tu mesti merelakan. Hati tu raja dalam diri. Tangan dgn mulut tu cuma orang suruhan. Kalau raja tak rela, tak cukup syaratlah maaf kita," jelas saya ***ayat macam bagus je aku ni***

"Pak Anjang rasa, saya salah ke... dia yang salah?"

Saya pelik sendiri...
"Hah... Siapa yang mintak maaf, dia ke kamu?"

"Tak pastilah Pak Anjang... Raya, biasalah. Semua orang mintak maaf." Jawab dia sambil garu kepala.

"Nilah masalah dia. Tak jelas siapa yang mintak maaf dan siapa yang beri maaf. Siapa yang salah? Salah kamu ke, salah dia?"

"Salah saya Pak Anjang..." Perlahan dia menjawab.

"So, kamulah yang kena mintak maaf dan dia yg patut bagi maaf. Kamu buat salah apa dengan dia?" Saya cuba mengorek...

"Hah!!! errrr... malulah pak Anjang..." dia jawab lagi sambil garu di bahagian belakang kepala pula.

Saya senyum.
"Kamu boleh malu depan Pak Anjang, tapi jangan malu depan dia. Kamu kena sebut apa salah kamu, barulah dia boleh buat keputusan nak maafkan atau tak."

"Seganlah Pak Anjang..."
"Kalau segan, itu bukanlah mintak maaf secara ikhlas. Jadi patutlah dia ungkit semula."

"Habis tu, semua orang tak buat gitu pun... main salam dengan sebut maaf... maaf... maaf je. Takkan kita nak buat lain macam pulak. Nak sebut salah kita satu-satu... eiii susahlah Pak Anjang."

"Memanglah susah. Sebab tu ganjaran Allah pada orang yang mintak maaf tu sangat tinggi. Yang susah sekali bukan nak sebut, nak salam, tapi nak tekan ego kat hati tu. Mengaku yang kita bersalah... Tu yang paling berat."

Dia termangu-mangu... Termenung.
"Apesal tiba-tiba moyok ni?" Tanya saya.

"Errr... habis tu budaya bermaafan yang kita buat tu tak berapa betullah pak Anjang ya?" tanya dia lagi.

"Eh! dah betul... tapi masih banyak yang perlu diperkemaskan. Hidupkan budaya Ikhlas... jgn setakat ucap maaf je. Kena hidupkan jugak budaya taubat... tak akan buat lagi kesalahan yang kita dah buat tu."

"Hmmm... Idea Pak Anjang tu bernas... Tapi istilah 'Taubat' tu macam tak glamer sikit. Selalu taubat ni orang kaitkan dengan Tuhan.."

Saya ketawa kecil..
"Hmmm, sengaja nak guna istilah taubat... Tujuannya memang nak kaitkan dgn Tuhan jugak. Ni, Pak Anjang nak bagi idea sikit..."

"Idea apa Pak Anjang?" potongnya dengan nada sedikit terkejut.

"Kunci perhubungan antara manusia... Kalau ikut pendapat Pak Anjanglah... kena selalu merendah diri. Penting sangat sifat tu. Nak mintak maaf, kena ada rasa rendah diri. Untuk tundukkan ego tu, perlu ada rasa rendah diri. Macam tu jugak dengan orang yang nak bagi maaf tu. Bila kita rasakan Allah Yang Maha Besar pun sanggup maafkan hamba dia, habis tu kita ni siapa tak nak bagi maaf... jangan angkuh sangatlah.."

Dia terdiam lagi.

"Terima Kasih Pak Anjang... Nanti saya nak jumpa balik kawan saya tu. Nak sebut kesalahan saya satu- satu. Lepas tu nak minta maaf"

"Baguslah... Budaya bermaafan tu sinonim dgn hari raya. Tapi Budaya taubat tu, kena segera!"


10 comments:

:: Wiween :: said...

kesimpulannya, pak anjang best. psl tu anak buah mintak pendpt pak anjang. kan kan kan? :P

*nota : x rugi meminta maaf dulu kan? ;)

Keri AlHaj said...

pak anjang best... well!! u know me... (ayat-ayat takbur)

tak pernah rugi meminta maaf...

:: Wiween :: said...

hep x baik takbur. takbir x ape :p

Aiden Reez said...

Assalamualaikum...

Itulah yang sebenarnya Pak Anjang... Dlm kehidupan kita seharian, ramai yang melakukan kesilapan dan bila tiba hari raya, tangan dihulur memohon kemaafan...

Pokoknya, adakah keikhlasan disebalik perilaku tersebut? Hanya Allah sahaja yang tahu...

Sudah menjadi kebiasaan/sinonim pd kita semua untuk melakukan sesuatu yg org lain lakukan tetapi hati kita tidak benar2 melakukannya...

Tahniah Pak Anjang, sekurang kurangnya anak saudara Pak Anjang yg berusia 15 tahun tu mempelajari sesuatu daripada idea Pak Anjang...

Kan Pak Anjang kannnn?....

:D

IamYonna said...

hahahha..
a ah la.
kesimpulan entry ni.
pak anjang mmg best.
lepas tu riak betoi! hahahha..

*kidding*

btw,sebenarnya, yang susah sangat nak mintak maaf dan memaafkan tu sebab perkara yang salah tu maybe melibatkan perasaan, or masalah2 yang besar.
but ppl did mistake and kita semua deserve a 2nd chance :)

nasihat pak anjang sangat bernas.
tp kalau pak anjang nasihatkan sy utk meminta maaf pada mereka2 yang bersalah.oh.harus lah saya bersolat istikarah meminta petunjuk sama ada patut memaafkan atau tidak.hahhaa.saya kejam!

baiklah pak anjang :p
hehe sedap lak nama pak anjang ni :p
marilah bermaaf-maafan sesama kita..
ceyy!! :D

Asmadi said...

singgah blog pak anjang sat ..

bermaafan tu betul laa cakap pak anjang bukan hanya tangan yg dok hulur tp hati kena gak dtg seiring baru laa ikhlas !!

Keri AlHaj said...

ween... oklah... marilah kita bertakbir beramai-ramai - kuat-kuat "Allah hu'akbar Allah.. Hu'akbar Allah.. Hu'akbar..." ... Ish! rasa macam nak raya lah pulak...

Reez... betullah lah tu... masalahnya, hati dgn mulut tak bergerak serentak. Mulut kata ya, tapi hati tak setuju... nak ikhlas tu yg susah...


Yonna... ni yg nak buat riak sekali lagi ni...
saya ni pandai je bagi nasihat (pandai ke) tapi nak buat sendiri bukan main payah. walau apa pun kau memang kijam yonna... kijam.. kijammm...

sebenornya saya tak galakkan anak-anak buah panggil saya pak anjang... suruh diorg panggil anjang je... tak de Pak.. dgr nama Pak tu, rasa macam tua je *statement tak sedar diri ni*

Madi... moga kita sentiasa ikhlas dlam apa juga amalan kita... mintak maaf byk2 ye...

Rosie Rose said...

sangat setuju bab maaf2 ni.. tak rugi meminta maaf, dan memaafkan org. tak miskin tak bodoh kite jadinya bila memohon maaf, tp miskin hati dan bodoh akal jika tak berani memohon maaf. besh besh besh.. citer lagi.. citer lagi..

Dba Ghani said...

bgus2..kalu sy ada mslah,sy cari pak anjang..
tapikan,sy laen la,klu org tu wat slh ngn saya,then die mnx maaf,sy maafkn,tpi,nak sambung balik relation tu mmg payah..
tu kadang2 mcm maaf x menjadi
sebab org yg mnx maaf tu pikir sy x maafkan,sedangkan,sy dah maafkn walupn die x minx maaf.
at last,sy ngn die x tegur sapa...
wat hal memasing..
jumpe wat bodo.
cmne tu pak anjang?

Keri AlHaj said...

eena - betullll...

dbaghani - hmmm, sebab jadi macam tu mungkin sebab dba jadi berhati-hati takut hal sama berlaku lagi.. tu normallah, org kata belajar dari pengalaman - sekali org dah buat salah pada kita - lepas tu kita jadi berhati-hati supaya tak kena sekali lagi. sebabnya org yg gagal tu bukan lah orag yang sentiasa jatuh... tapi org yg jatuh dua kali, atau berkali-kali di tempat yang sama...

Nabi kata "Tak akan dpt masuk syurga seseorang yg putus kan tali persaudaraan selama - paling kurang 3 hari..." (wah! macam bagus je aku ni)