Monday, November 10, 2008

Life is sweet... dan satu lagi tag untuk saya...

Perenggan ini berwarna merah... tanda sedikit kedukacitaan:Tapi size fond yg sgt halus... menunjukkan ia bukanlah perkara penting yg perlu diketahui

Dua tiga hari kebelakangan ini... berlaku sedikit keduka citaan pada saya...
walaupun tidak lah menjejaskan cara khidupan saya, tapi cukup untuk membuatkan saya berdiam diri... ya! mendiamkan diri tanpa berita...
pertama: Lappy saya diganasi TROJAN... but, masih lagi ok... tetapi tak cukup dengan itu;-
kedua: modem strymix (di rumah) saya pula tiba-tiba buat bangang... modem... bukan line.. sudah dibuat aduan, sudah 3 hari berlalu - masih belum dibuat tindakan susulan...
tidak suka ber on9 di ofis... sebab akan memcuri byk waktu kerja... kerana itu... saya terpaksa mendiamkan diri seketika, sehingga dibaik pulih kembali..

ketiga: saya kehilangan handphone. satu lagi punca utama yg akan membuatkan saya terus diam... so, kepada sesiapa yg berkenaan kat sini (cikgu ween, kak lawa, dir, dik pajeli dan bro coppucinno dan sodep juga) - sila jgn hubungi saya utk sementara waktu ini... sehingga di beritahu kelak...
ok... kita lupakan sahaja berita yg sedikit mendukacitakan tersebut... ok mari kita lupakan...

****************************************
Breakfast for my soul...
"....if you don't decide which way to play with life, it always plays with you..."
Just suddenly came to my mind!! How many of us can really look back into our life and say we have lead a very meaningful and fulfilling life? How many ya? As we grow older, many of us stop enjoying life to the fullest. Our life becomes very routine. How different are we from a robot? Eeeek Hmmm.. fish needs water, we need memories larrr...

A few funny things I have said over the last few weeks. Can't believe humor adds so much life to your memories...

I'm over that stage now. I'm just content being where I'm right now and enjoying life as it is given to me. Though I'm very pleased with the fact everything is going soo fast...Heeeheee.. It keeps me from feeling lonely


Hahah! Ok… sekali lagi saya jadi sasaran tag… ah… di tag lagi… sudah agak lama tugasan ini diberi sebenarnya. tapi itulah... atas sebab-sebab tertentu mcm yg dinyatakan pada perenggan awal yg bertulisan halus berwarna merah... maka tugasan diberi telah tergendala sebentar... sementara saya punya waktu free yang sedikit ini saya cubalah utk selesaikan...

Tag di berikan oleh Kos Serani... Supermodel kita tu... meminta saya jelaskan 15 perkara yang anda perlu tahu tentang diri saya... errrr... macam tulah lebih kurang... errr... dia meminta 15 perkara aneh sebenarnya... tapi apa yg saya akan senaraikan tidaklah seaneh mana sangat... tapi... kira bolehlah ya???

15… perkara yg aneh tentang diri saya… 15??.. banyak tuuu…

1. Saya suka menggigit kuku… errr… bukan suka sebenarnya. Selalunya hal ni berlaku di luar kawal.. bila runsing, atau sedih, bila fikiran menerawang… masa tulah tanpa disedari jari akan tersua ke mulut… dan keletak keletuk bunyi jari kena gigit… eh! Jari pulak… kuku kena gigit… kuku saya ketot kemetot… (rasa macam dah pernah story dah pasal ni haru tu)… kemetot ni nak pakai kuitik pun dah tak lawa nihh… kuku saya tak pernah merasa nak panjang, dan saya sendiri pun tak pernah dpt tengok kuku saya panjang… orang lain apatah lagi… jgn kata kuku panjang, kuku ketot kemetot saya ni pun tak boleh org lain tengok… malu…. Burookkk…

2. Saya suka masak tapi malas makan... errr... betul ke.. macam salah ayat je... oklah.. ayat dipusing sebenarnya, ayat yang benar : saya suka makan tapi malas masak atau dengan kata-kata mudah yang lain, saya kuat makan… tak payah lah dijelaskan sebanyak mana saya makan… cukuplah saya katakan saya kuat makan… nafsu makan saya akan berada dikemuncak selalunya apabila ketika saya baru sihat… contohnya kalau saya demam.. then bila saya baru sihat dari demam tersebut masa tulah nafsu makan saya bermaharajalela… tak nak cerita lebih-lebih.. takut ada yg terkejut… tapi… walaupun begitu… berat badan saya susah nak naik…

3. Jangan bawa saya ke kedai buku… terutama ketika hujung bulan… kerana tindakan tersebut akan menjadikan duit saya yang sedia ada sedikit terus menjadi tiada… (melainkan kalau anda nak belanja) saya akan menjadi sedikit teruja dan ada masanya teramat teruja apabila masuk kedai buku… MPH, POPULAR, KINOKUNIYA… tersebut adalah kedai2 buku kegemaran saya… saya akan menghabiskan masa berejam-rejam di dalam kedai buku tersebut… membelek, membaca, membelek lagi, membaca lagi… dan kalau saya masuk ke kedai buku, saya akan memborong buku2 dgn banyaknya. Tidak kiralah novel ke, buku motovasi ke atau apa-apa buku yang berkenan di hati… Cita-cita saya ialah satu hari nanti saya mahu membuka library saya sendiri… atau pun saya nak miliki salah satu dari kedai-kedai buku kegemaran saya sepert yg saya nyatakan tadi…

4. masih lagi tentang buku…
saya tak boleh duduk saja-saja bersendirian tanpa bahan bacaan… sekurang-kurangnya surat khabar.. ketika sarapan, perlu ada surat khabar dibaca sambil makan nasik lemak dan minum tea… kalau tak ada, kepala akan jadi sedikit serabut. Sebelum tidur juga kena ada buku2 yang perlu dibaca sampai terlena…

5. Saya suka membaca surat khabar bermula dari muka belakang dulu… dan berterus-terusan hinggalah saya tamatkan dengan muka depan bersama berita tajuk utama.

6. Tidak boleh ada pisau cukur di depan cermin di bilik air saya… tak boleh ada… kalau ada, saya tak boleh menahan keinginan untuk mencukur misai dan janggut yang ada di wajah. apatah lagi saya memang kurang gemar menyimpan misai atau janggut… Semenjak ‘orang belah sana’ kata… saya nampak hensem bila ada misai (ehem! ehem!)… saya sudah mula belajar menyimpan sedikit misai (ehem! ehem!)… tetapi usaha saya itu akan gagal secara serta merta sekiranya saya terjumpa pisau cukur di depan cermin di bilik air saya… jadi, amaran untuk diri sendiri… “JANGAN LETAK PISAU CUKUR DI DEPAN CERMIN DI BILIK AIR”

7.
Saya mencuci muka saya tidak menggunakan pencuci muka yang sepatutnya… tetapi dengan menggunakan ubat gigi colgate… heheh.. entah bila saya memulakan perkara ini. Tapi mencuci muka dengan menggunakan colgate memang sesuai dengan kulit muka saya… jerawat tak tumbuh… dan tak ada masalah kulit. Dan wajah saya juga kelihatan hensem… hik hik hik…

8. mencuci pakaian saya seminggu sekali… (rasanya ini hal biasa bagi orang2 bujang macam saya terutama lelaki).. di sebabkan itu saya perlu memiliki banyak baju. Stok yang cukup sekurang-kurangnya untuk seminggu… jadi, dihujung minggu, saya akan habiskan dengan mencuci pakaian yang terkumpul … sekali cuci, sekali sidai… nah engkauu… satu bakul besar. Saya hanya mencuci baju saya.. adik beradik yang lain, engkau cuci lah sendiri ya…

9. mengemas bilik juga seminggu sekali… so, bilik saya akan kelihatan kemas dan cantik pada hari isnin, selasa sehingga menjelang rabu… khamis sedah menjadi bersepah, jumaat mula berterabur tak tentu hala, sabtu dan jadi macam dilanggar garuda… ahad pagi… dah tak rupa bilik – kemas, kemas, kemas, aktiviti kemas mengemas bermula di waktu tengahari… (kalau bangun awal, awal sikitlah dia bermula… tapi selalunya tak pernah awal)… dan petang ahad akan menjadi kemas kembali… begitulah kitaran kekemasan dan keserabutan bilik saya berputar…

10. Saya ada seekor kucing berwarna putih… dan saya
suka merwarna bulu kucing tersebut. (dengan inailah… kalau guna pewarna nanti tak sah bawak sembahyang pulak) terbaru, saya inaikan bulu kucing saya dengan inai hitam dan berbentuk belang-belang seperti kuda belang… lawa, dan org yang tengok kucing tersebut selalunya akan terkagum secara total… sebelum ni, saya pernah warnakan kucing tersebut dgn tompok2 macam harimau bintang…

11. Saya suka mengumpul bantal…. Bantal???..hmmm saya punya banyak bantal dari bentuk yang berbeza-beza dan saiz yang berbeza-beza juga. Mungkin jugak sebab saya kuat tidor, jadi koleksi saya juga mestilah berkaitan dengan sesuatu yang boleh dibuat tidur…

12.. Saya selalu tidur awal dan bangun awal juga... hmmm.. bunyi macam mulialah pulak... oklah. masih lagi menggunakan ayat yang dipusingkan sebenarnya.. ayat yang betul ialah; saya suka tidur lambat dan bangun lambat... sekiranya saya tidur awal... saya tetap juga akan bangun lambat... ya!! Saya memang kuat tidor… terutama di hujung minggu…

13. Saya tak suka berkemeja… Sebab kemeja nampak terlalu skema bagi saya… saya hanya memiliki kemeja sehelai sahaja… yang saya pakai sekali sahaja untuk satu majlis rasmi yang dah lepas, dan selepas itu saya tidak mempedulikan lagi kemeja tersebut. kerja saya memang diizinkan bert’shirt… tapi mestilah kemas dan berkolar… jadi saya tidak bermasalah dalam hal berpakaian ketika kerja…

14. Saya sangat meminati Vanilla coke… Vanilla coke sangat hebat … restoran atau gerai saya akan order minuman tersebut… pernah satu masa saya buka peti sejuk dirumah saya terdapat sebotol coke –(yg bukan bervanilla) saya tuangkan ke dalam gelas, dan saya masukkan juga esen vanilla untuk menimbulkan rasa vanilla coke… rasanya … harammm, tak sedap langsung… jadi anda janganlah sekali-kali mencapurkan air coke dengan esen vanilla utuk meninkmati rasa vanilla coke… sebab memang haramm tak sedap… dan saya tidak boleh minum susu... cepat loya...

15… amat payah bercakap di telefon. (kecuai dengan orang belah sana)…kurang suka memanggil dan menjawab paggilan apatah lagi kalau nombor yang tertera di skrin adalah nombor yang tak dikenali – lagilah toksah harap saya nak jawab.… rasa macam takut-takut je… lebih senang berSMS…

16.
Suka membawa kenderaan saya pada kelajuan "selaju-laju alam" tanpa memikirkan masa depan... Ok... ini akan berlaku kalau saya bawak kenderaan saya seorang diri ok... jika melibatkan nyawa orang lain, saya tidak akan lakukannya... saya tidak suka berpegang pada prinsip 'biar lambat asal selamat... prinsip saya, biar cepat asal selamat'... buleh??? saya berimpian untuk menukarkan enjin kenderaan saya dengan enjin SOYUZ TMA-11 ... supaya saya boleh memandu dengan kalajuan yang lebih lagi... errrr... impian yang melampaukah?????....

ok... sudah cukup 15 (errr... 16 sebenarnya) sifat mazmumah yang ada pada saya... tapi tidaklah terlalu mazmumah sangat kan... kos serani... harap berpuas hati...

saya nak tag cikgu ween dgn dek YUYU...

sekian


15 comments:

Secret Writer said...

Owh...patut la beberapa hari buka Blog ni asyik cerita maggi jer, rupanya ada masalah, PC aku pun kadang buat hal...kalau time server down, mcm nak hempas jer. Thanx answer TAG aku. Yg number 3 & 4 tu kita sama, tapi yg No.5 hampir sama sebab org baca Akhbar dari depan, kamoo dari belakang tapi aku pulak dari tengah, still pelik heh heh heh

:: Wiween :: said...

halemak...fakta no 9 tu mmg besh! nanti chime tempek laa gambo kucing yg berbulu zebra chime cat tu. bile chime cat dia jadik cam rimau bintang?? *teruja sakan*

err kita serupa tang malas berckp kat tepon! huhuuhu da x pandai bergayut da!

uih..sempat lagik mengetag ween tu. alaaaaaaaaaaaaaa

@xiM said...

yang nombor 5 tu sama ,hehe

Ad Rifza said...

Colgate?..konpius kejap...

anap_ilmi said...

kesimpulan-best gile bujang..haha

cappuccino said...

oooo begitu alkisahnye..err..kata xleh tepon..tepon rmh ilang gak ker ne hihi..pergh habis sume rahsia negara dh terbongkar..pasne kalo ade 10tag lg byk ler rahsia negara kene slongkar..xpe jnj bahagia dak...hihibyebye chime..esok mlm daku akn terbang tinggi2 smp ujung atap..bestnyeeeee..jumaat br balik..doakan sume slamt kay...

Unknown said...

koi koi. abgku kalu x tag adikmu ini. kopem tak sah kan. tp apekn daya.. demi abg tercinta && tersayang.. adikmu akan mjwab tag tsebut. muhhaa!

Keri AlHaj said...

kos - itulah dia, sesekali buat server down rasa macam nak tendang2 je lappy tu.. tapi ni memang modem rosak. tak leh nak buat apa... tunggu org dtg repair je...

ween - sebelum ni mcm rimau bintang... sebab pakai inai je, kalau di shampoo hilanglah cat dia. senang je nak buat ween... Ya... anda tlh di tag... jawab!!!

axim - hahah... baca paper mcm baca jawi kan... mula dari kanan..

ad - ha'ah.. heheh... ok lah pakai colgate. cuba try...

anap - kesimpulan - bujang memang beshhh

bro - tepon rumah bolehlah.. kalau tepon rumah pun hilang jugak memang kes naya dah tu.. dah nak terbang ke r*** ke... wahhhh... syoknya... selamat berhoneymoon lah ya.. semoga berjalan dgn lancar...

Yuyu - Haha... buat... yuyu memang org terpilih sentiasa sebab yuyu pun adik tersyang jugak... jawab

Rosie Rose said...

cuci muka ngan colgate???? petua mana tu? betul ka leh pakai utk hapuskan jerawat???

Keri AlHaj said...

cuba dululah eena... petua artis holywood tu tau... memang saya ada terbaca kat satu magazine.. tu yg saya try... and, brkesan jugak

Anonymous said...

byk gak yg sama,tang buku, suratkhabar baca dari belah belakang & gigit kuku.ekekek

kedai buku murah sekarang di xcessbooks kat Amcorp Mall PJ. buku baru kat MPH rm79 kat sini leh dapat RM29 je.juga time flea market time weekend.

Kalo rajin pepagi, gi le pasar karat kat KL tu..banyak gak buku murah..eheheh

Sufi Idany said...

alalala..... sedey ke abg? still mood sedey ke ni? ida dulu pnah ilang 2 tepon sekaligus ngan 1/2 duit gaji dalam kejadian ragut 3 tahun yang lepas..... trauma nya yang amat.... takut jalan sorg2 dh lepas tu tp kejap je.... sbb mmg suke jenjalan sensorg.... tp skang lebih ati2 laa....

** jgn gigit kuku kerap sgt kang nnt lelama jari jadi kembang kang dh tak cantik....huhuhu.**

** abg, colgate tu tuk cuci gigi laa....bukan muka.... :P**

Keri AlHaj said...

Betul ke chemot... buku sana murah??? teruja ni... harus ku pergi ke sana...

ida - takdelha sidh sgt pun... tapi seih sebab byk contat number dlm tu... ida dah pernah kena ragut ke... seb baik tak de pape berlaku kat ida kan. duit tu takpe, blh cari lagi... kita ni yg penting...
kuku saya memang tak cntik pun...
colgate wat cuci muka - nasib baik tak pakai loreal buat cuci gigi... heheheh

shay said...

entry memula tu kemain lagi sedih bunyinya... tapi bila dia jawap jerk tag tu terus nampak keceriannya... bagus2... bukan jenis layan perasaan...

Keri AlHaj said...

alah yg mula2 tu saje je nak bagitau 2,3 hari ni takleh nak ziarah member2 pasal modem demam... takut org kata kita sombong...