Thursday, November 6, 2008

cerita mee maggi...

cerita mee maggi!!!.. aha.. tapi sebelum tu saya nak bagi tau saya dapat award lagi.. hmmm... best jugak saya ni ya... award ni saya dpt dari amerr..

the very best blog ever... huhuh... rasa mcm baguslah pulak... mekasih amerr.. terharu sgt-sgt.. saya hargai sgt-sgt... terima kasih daun keladi... tapi ada peraturannya pulak ya... antaranya seperti berikutRules:
Give to the people whom you feel BEST GILA-GILA
Only 5 people
Link to that person who had received the award
Sesiapa dpt award ni diwajibkan buat posting kat blog dier sbb dier dpt award, Inform the people yg dpt award ni kat blog dier ok!!

Dan orang yang layak menerima award ini adalah: miss chika, cikgu ween, bro coppucinno, ladyeena, pokcik asmadi dan jugak sufi idani ... ambik tau... err tapi saya nak tambah lagi lagi... (langgar syarat ni) tambahan.. dek Yonna, ad rifza, dir&fara, dek pajeli, Zulhatfi, Datin Intan, Su77, cheMat dgn Kak CT, rezz, sodep, aqies dan dek ryan...

hehe.. ramailah pulak...


ok... sambung pasal mee maggi...



cepat dimasak.

itu sudah cukup untuk jadi modal untuk jual. selain buah-buahan dan sayur-sayuran (atau mungkin juga sesetengah haiwan) yang boleh dimakan mentah, apa lagi makanan yang boleh disiapkan dalam tempoh kurang dari lima minit? di bungkusan plastiknya pun tertera 'rendamkan selama 2 minit'. bukan masa masaknya sahaja yang cepat, masa hendak masak pun cepat.

tidak perlu susun kuali, mangkuk, cawan dan sebagainya. cukup dengan bekas tupperware sahaja. tidak perlu timbang-timbang, sukat-sukat atau belek buku resepi. isi air dalam cerek dan tekan suis. bila lampu merah sudah padam, tuang air dalam tupperware. lepas itu masukkan mi dan perencah. itu sahaja. sesiapa yang tidak ambil kursus katering pun boleh buat.

sedap dimakan.

ini boleh dipertikaikan. TETAPI untuk sehidang makanan yang kosnya kurang daripada satu ringgit dan masa masaknya lebih kurang dua minit, sedapnya sehingga kita boleh menghirup kuah. itu pun kalau dimakan kosong begitu sahaja. kalau sudah dimasukkan telur, daging, ayam, kek ikan, sayur dan macam-macam benda lain, kadang-kadang kita boleh kata 'lebih sedap dari makan kentaki'. kalau rasa nak susah sikit boleh buat mee goreng - itu pun kalau rajin lah...

tapi tidak mengenyangkan.

ini bergantung kepada orang, suasana dan masa. ada orang makan dua puluh ketul ayam kentaki pun rasa tidak kenyang lagi. dalam agama pun ada sebut, berhenti makan sebelum kenyang. yang penting kita makan. 'kenyang akan datang kemudian', kata seorang cikgu yang mengajar masak.

mi maggi sudah ada sejak saya masih di tadika lagi. dan lagu 'mi maggi, cepat dimasak, sedap dimakan' itu barangkali hampir semua orang yang ada televisyen sudah biasa dengar. tapi baik mi mahupun lagu iklannya, orang akan anggap maggi atau mi segera ini sebagai satu 'benda murah'. mungkin betul tapi mungkin juga orang tidak dapat lihat, di sebalik mi segera itu terkandung satu falsafah yang sangat besar ertinya kepada kehidupan kita di dunia ini - semua benda seharusnya ringkas tetapi praktikal dan bermanfaat.

Semalam bertemu seorang rakan... seorang cikgu ... berbual dengan nya, ada sedikit rasa tidak puas hati pada kehidupan kerjayanya...
tahun ini sudah masuk tahun ketiga dia mengajar matapelajaran yang sama dan setiap kali tamat kelas, dia rasa masih ada yang belum cukup. ada rasa seperti sesuatu mahu keluar tetapi masih terkurung di dalam kotak. separuh atau tiga suku daripadanya mungkin menuding kepada dia semula tetapi ada satu soalan yang dia mahu jawapan: adakah pelajar belajar apa yang sepatutnya mereka belajar?

saya kata 'no komen' - seperti mana dia juga yang hanya menjadi pendengar setiap kali saya mengadu masalah kerja... (kalau pun tidak memberi pendapat, ada yang sudi mendengar pun sangat memadai)

hampir di semua peringkat kita belajar dengan cara yang sama - baca, hafal dan jawab masa periksa. apa yang cikgu/pensyarah/orang tua cakap, semua pun kita anggap betul dan sahih. amat jarang kita bertanya - 'apa guna benda yang aku belajar ni? bila aku boleh guna apa yang aku belajar ni?'.

kita banyak belajar teori. kita banyak belajar dan lama belajar tentang benda-benda asas. kita tidak didedah dengan benda-benda yang kompleks dengan alasan 'itu level advance. kita belajar yang basic-basic aje. kalau minat, boleh explore sendiri'.

sebab itulah kadang-kadang kalau kita lihat betul-betul, pergi kursus yang dibuat tiga hari itu akan lebih beri kita ilmu dan kemahiran berbanding habiskan masa tiga tahun buat diploma/degree.

Rakan saya itu bercerita satu ketika dulu; ketika berdiri di depan kelas pada hari pertama semester baru, dia mahu berkata 'semester ini kita tidak akan sentuh lama-lama bab-bab pengenalan-pengenalan. kita akan skip mana-mana topik yang banyak teori. kita akan belajar benda yang tidak ada di dalam silibus. kita akan banyak buat projek. kita akan banyak guna benda-benda baru.

Pada saya itu umpama belajar secara maggi - cepat dipelajari, sedap di kemudian hari'.

tetapi dia kemudian tersedar - melihatkan kepada tag namanya, hasrat itu terbantut begitu sahaja.

bekerja kerajaan ini tidak sama dengan bekerja dengan swasta. sini orang tidak terima sangat benda pelik-pelik melainkan kalau kita ini orang besar-besar. kalau kita masuk kandang harimau, kita jangan mengembek.

tapi bukan kerajaan atau sistem pendidikan yang salah.
dia mengaku sambil ketawa... "siapa yang mengada-ngada hendak jadi cikgu dulu? buku rancangan mengajar pun baru ada kulit, ada hati hendak buat perubahan konon" :P

heheh... no komen lah kawan...

13 comments:

♥miss zaza♥ said...

aha
skrg mmg tgh kena sydrome kuat makan
huuu
meggi tu nmpak best!
ishk
hahaha

cappuccino said...

hhehehe..best ler bace entry kali ne..mee maggi punye konsep..kekadang gitu la jadinye kalo sume nk segera kan..sume nk cepat...yg best tu dh ler mkn mee maggi org yg tlg masak..tp siap mintak nk disuapkan lagi..camne tuuuu hehhehehe...pe2 pn mee maggi chime tu nmpk best ler..mintak sket leh...
p/s:byk kumpul awards nmpk..boleh lwn siti nurhaliza ne..nt bukak muzium anugerah ye hehhehe...tq gak pass award tu kt sy..ish2 malu2 nk terima ne..layak ker nk ambik ne...hheehheheh

:: Cikgu Wiween :: said...

herk..sesetengah haiwan yg buleh dimakan mentah?? chime mkn haiwan mentah mana???? agagagag :p

errk..psl tu dlm mata pelajaran kat skola skang ade diterapkan unsur2 nilai murni & asas keusahawanan & sebagainye. nih suma tuk kasik bebudak pikir yg depa belajar ade matlamat & utk kegunaan masa depan sendrik gak. Bukan skadar tuk amik peksa. Halemak...terbebel sebagai sorang cikgu plak. x gangster laa gini. hihihihi :p

:: Cikgu Wiween :: said...

owh yer..meggi tu nampak sedap. mintak sketttttttt! :P

Chika Chika said...

huyeay dapat award!
chime ni baik hatilah.
dah la kasik orang menumpang komen, kasik chika award plak tu. HAHAHAHA

etomyam said...

mee maggi tetap jadi teman waktu tgh malam...dari belajar sampai keje he he

Ecah said...

huhu terer gak chime mengaitkan dengan cikgu?? ops tersedak cikgu-cikgu yg membacenye.. camne leh terlalut kat ctu plak.. ade ade saje yg nak dikaitkan..

tp sayang maggie yg cepat dimasak sedap dimakan ni ada sejenis kandungan polimer yang bila kita makan panas-panas xada masalah. Tp bila sampai di bahagian usus, ia menyejuk dan melekat di dinding menyebabkan zat-zat & vitamin lain yg kita makan dari makanan lain xdapat diserap sepenuhnya. Disebabkan polimer ni mengambil masa selama 2minggu untuk dihadamkan, so selama 2 minggulah kita tak dapat zat dengan sempurna. Sumber ni ecah dapat dari rakan ecah yang buat kajian masa belajar dulu di U. Tapi kengkadang kalo dah mengidam tu baaalun jerr.. huhuhu~

Kos Serani said...

Betul tu...setuju, kadang kursus 3days lagi bermanfaat dan boleh digunapakai daripada belajar 3bulan or tahun kat kelas.
Aku pun pernah rasa mcm buang masa setahun ambil Matrikulasi dulu kat ITM...arghhh

aBiR aBhAr said...

maggi mee sgt menyelerakan
hoho..
saje singgah
nice blog

i-chimera said...

zaza - takpelah, selagi ada selera nak makan ni, makan... esok bila dah ilang selera tak menyesal sgt sebab semua benda dah dirasa

bro - org tolong masak, org tolng suap?? mcm biasa buat je bro.. org bujang cm saya ni tak tahu sgt benda2 gitu.. ambiklah.. award tu bropun layak jugak dpt... ambik tau...

ween - bukan org2 kita punya makanan lah...
pasala cikgu2 tu.. saya no komen..
meggi dah abis daaaa

chika - ambik ya... nama chika yg 1st dlm senarai tu..

etomyam-- betul!!! meggilah teman setia org2 bujang..

i-chimera said...

ecah - hmm saya pun bukan selalu sgt makan megi... masa2 teringin je... mekasih utuk info tu... kena hati2lah lepas ni ya..

kos - sebab kita tak tahu apa tujuan kita belajar... tu yg rasa rugi masa tu...

abir - mekasih sebab singgah... megi best kan??

Papa-Itam said...

cepat dan jimat..
waktu sekolah menengah dulu(duduk asrama)
pernah jual megi satu bungkus rm1
guna konsep permintaan atas pengeluaran...tak baik kan

CAHAYA said...

best je jadi cikgu. teringin!

selalu ajar adik matematik, tu pun air mata dia meleleh macam ada penderaan dlm rumah! haha.

p/s: kalau ajar anak murid macam mana eh? Maggi da best, lama tak makan!