Wednesday, February 11, 2009

Perlukah kita cerewet?? perluuu... ehh!! tak perlu... hmmm

Ada ketikanya kita tidak boleh terlalu cerewet.
Contohnya dalam soal makan. Walaupun kita suka makan ayam goreng KFC, adakalanya kita terpaksa makan ikan masin sahaja. Walaupun kita suka makan apa yang emak kita masak, adakalanya kita kena makan mee segera yang kita masak sendiri. Walaupun kita ada banyak duit, adakalanya kita hanya boleh memakan roti canai sahaja. Kalau kita sudah lapar, apa-apa sahaja yang boleh dimakan akan disumbat masuk ke dalam perut ~ Ada masanya kita tidak ada masa untuk memilih atau mencari makanan yang kita suka.

Begitulah juga yang dilakukan oleh kebanyakan pelajar ketika menyiapkan tugasan. Tidak perlulah kemas-kemas, tidak perlulah diikut sangat prosedur2nyer... tidak perlulah disemak untuk kali kedua. Yang penting ia siap dan dihantar tepat pada masanya. Tunggang-langgang pun tidak apalah, asalkan 'ada rupa' tugasan

Tetapi ada ketikanya kita kena sedikit cerewet.
Hmmm... bagi kita ~ kalau hendak memasak, minyak peket yang entah apa-apa label itu pun kita boleh guna untuk memasak. Sayur pula kita ambil sahaja dari peti ais. Tetapi bagi chef hotel, minyak masak tidak boleh guna minyak sebarangan. Kena guna minyak yang kurang kolestrol. Sayur pula mesti sayur yang segar. Kerana bagi mereka, makanan bukan sewenang-wenangnya boleh disediakan. Mesti kena jaga khasiatnya dan rasanya...

Begitu juga kalau kita mahu buat bangunan. Bagi kita simen murah atau simen mahal tidak ada bezanya: dua-dua pun simen. Tapi bagi orang yang buat bangunan, simen mesti guna simen yang berkualiti. Kayu mesti kayu yang berkualiti. Bata mesti bata yang tahan lama. Kalau tidak bila bangunan sudah siap, dinding merekah di sana-sini. Bila bangunan sudah siap, atapnya pula roboh.

Untuk mendapatkan yang terbaik, kadang-kadang kita mesti guna bahan atau cara yang terbaik. Ada juga berlaku bila kita guna bahan atau cara yang tidak terbaik pun kita boleh dapat hasil yang baik tetapi itu kadangkala bergantung kepada faktor nasib. Ada juga berlaku bila kita sudah guna bahan atau cara yang terbaik pun kita tidak pula mendapat hasil yang terbaik tetapi kata orang 'sekurang-kurangnya kita sudah mencuba yang terbaik'....

Seorang kawan saya (perempuan) bekerja sebagai seorang guru sandaran di sebuah sekolah menengah di kawasan saya. Matapelajaran yang dia ajar sekarang ini bukanlah apa yang dipelajarinya di universiti. Tetapi mungkin disebabkan memang dia memang minat mengajar, dia mengambil inisiatif untuk belajar sendiri.

Ops! Dia gembira dengan kerjanya itu; walaupun gajinya tidak tinggi dan 'kerja tukang kebun dan makcik kantin' ada masanya dia kena buat. Katanya dia suka mengajar budak-budak. Tetapi status guru sandaran itulah yang sedikit kurang menyenangkannya. Sudahlah mengajar sama seperti guru2 lain mengajar ~ gajinya dibayar rendah satu hal, bukan status guru tetap pun satu hal lagi. Elaun satu apa pun tidak dapat. Lalu dia pun memohonlah KPLI ~ dengan harapan sekurang2nya dia boleh mendapat status guru tetap. Tetapi bila keputusan temuduga KPLI diumumkan baru-baru ini, namanya tidak tersenarai.... Dan kawannya pula yang kononya tidak berapa minat dengan kerjaya sebagai pendidik dan memohon KPLI yang sekadar suka-suka sebab tak ada kerja dah nak dibuat - boleh pulak tersenari - pelik jugak....


Selalunya kalau orang bersedih, saya membiarkannya bersedih begitu sahaja. Kalau hendak menangis, menangislah sorang-sorang. Kalau hendak menjerit, menjeritlah sorang-sorang... tetapi disebabkan kawan saya itu bukan orang yang 'sedih sedikit sudah hendak menangis' ... lalu saya menasihatkannya dengan nasihat yang popular untuk orang yang di dalam kesedihan ~ 'janganlah bersedih'..

Kita harus mengakui yang kerjaya guru ini bukanlah suatu kerjaya yang sebarangan. Kalau seorang budak kecil bila besarnya menjadi PM, besarnya menjadi tokoh korporat, besarnya menjadi negarawan, besarnya menjadi doktor, menjadi pensyarah atau apa-apalah... (moga-moga tidak menjadi katak).. pertamanya tentulah dari jasa guru-guru yang mendidik ajar. agaknya sebab itulah pemilihan guru2 ni sedikit cerewet. Niat mereka baik... mereka mahu semua guru2 di Malaysia ini diambil dari kalangan yang terbaik. Mungkin bagi mereka, CGPA semasa di universiti menjadi ukuran. Kalau tinggi maknanya orang itu pandai. Kalau orang itu pandai, maka dia layak menjadi guru....

Tapi kalau boleh diberi sedikit ruang, mereka juga sepatutnya tidak boleh terlalu cerewet. Orang yang pandai kadangkala tidak boleh menjadikan orang lain pandai. Orang yang pandai main bola misalnya tidak semestinya boleh menjadi pengurus pasukan yang bagus. Arsene Wenger pun hanya bermain bola separuh profesional sahaja tetapi dia boleh menguruskan pasukan Arsenal dengan sangat baik. Kuncinya ialah minat

Ada orang yang memohon KPLI hanya kerana dia sudah tidak mendapat kerja lain. Ada yang memohon KPLI hanya kerana dia mahu kerja separuh hari. Dan mereka ini pula yang dipilih sedangkan ada orang yang sudah menjadi guru sandaran dan punya minat yang mendalam tidak pula dipilih. Kita doakan sahajalah yang mereka sudah membuat pilihan yang tepat...

Nota... kita tumpang sedih tidak sama dengan kita sendiri yang sedih. Kita boleh cuba beri dorongan, kita boleh cuba beri nasihat, kita boleh cuba memujuk tetapi disebabkan bukan kita yang bersedih, kita tidak akan tahu bagaimana perasaan orang yang sedang bersedih. Kita tidak akan tahu sama ada apa yang kita cakapkan itu diterimanya sebagai dorongan atau tindakan cuba menunjuk pandai...


Nota lagi...apabila tuhan tidak menunaikan permintaan kita, anggaplah kerana dua sebab ini 'masanya belum tiba atau ada sesuatu yang lebih baik untuk kita dengan apa yang kita ada sekarang'...


Nota lagi satu - Cerita pasal katak bertiga akan disambung pada entri berikutnya...

6 comments:

Tirana said...

Hehehe..dalam banyak2 perkataan yang chime taip di sini.yang saya nampak hanya "moga-moga tak jadi katak"..hahaha...Kalau jadi katak, itu salah cikgu jugak ke?

aprilgurl said...

Berdebau sy..ngatkan nk sambung ceta psal katak....mesti ramai yg salah teka mcm sy jugak....

kesian kwn chime tuh..kwn2 sy ada gak..yg apply 'main2' tp dpt 'btul2'.sy penah terpikir gak nk apply guru sbb suka tdo petang... =p

AiE bAhRi said...

suka nota abg chime yg ni..
"kita tumpang sedih tidak sama dengan kita sendiri yang sedih. Kita boleh cuba beri dorongan, kita boleh cuba beri nasihat, kita boleh cuba memujuk tetapi disebabkan bukan kita yang bersedih, kita tidak akan tahu bagaimana perasaan orang yang sedang bersedih. Kita tidak akan tahu sama ada apa yang kita cakapkan itu diterimanya sebagai dorongan atau tindakan cuba menunjuk pandai..."

ermm..tp saya memnag cerewet dlm menyiapkan assignment..huhu

:: Wiween :: said...

err ade sedikit nak tambah. Ada yg mohon KPLI sebab nak gaji tinggi. Sbb nih terjadik di kalangan kengkawan ween. Mmg sian kwn chime. Yg betul2 minat payah nak dpt ek. Ween nih kire nasib baik. Ween minat & mintak skali terus dpt. syukur alhamdulillah. ;)

Tp nak betulkan sikit pandangan kebanyakan masayarakat. Ramai ingat kerjaya guru senang. Actually, TIDAK SENANG pun. Ramai org tgk dr segi kerja separuh hari..padahal depa suma tatau betapa susah keja kami. Mmg kami kerja setengah ari, tp TANGGUNGJAWAB kami sgt BESAR. Kami pegang AMANAH didik anak org bg jadik 'manusia' & ada ilmu pengetahuan. Lagi satu, kerja kami bukan sekadar mengajar, tanda buku saja. Kami kena buat kerja2 pentadbiran, handle program itu ini, sukan, RMT, kawal budak lagik, kalo ada 40 budak 1 kelas, 40 budak tu laa cikgu kena kawal & make sure selamat. Belum masuk tugas mendidik dr segi sahsiah.

Jadik, kepada sapa2 yg anggap kerjaya guru senang, sila pikir 178juta kali lagik. Lagik satu, kalo sapa2 nak jadik cikgu tu, mmg kena IKHLAS & x boleh berkira.. Kalo x ikhlas & mengharap gaji ujung bulan jek, hentikan jolah niat ekau nak jadik cikgu (tumpang nasihat kat blog chime jap. ehehehe)

Err..terpanjang pulak komen. :P tumpang lalu. gagagag

Keri AlHaj said...

sis tirana - kalau diorg nak jadi katak tak bolehlah salahkan cikgu.. sebab cikgu dah sedaya upaya didik diorg jadi manusia... kena salahkan bapak katak tu lah, yg asuh manusia-manusia jadi katak...

aprilgurl - huh, menanti dalam 'debau'ran ke... tak ada yg saspen pun dlm cita tu.

uih! suka tido petang... saya pulak kalau apply cikgu nak menagaja petang... sebab saya suka bangun lambat. hehe

aie - hmmm... masih bersedih lagi kan?... kita orang-orang yg bersedih ada masanya mengharapkan nasihat dan kata2 semangat dari kawan2 utk kurangkan kesedihan... tapi tak jadi pun kan... sedih tetap jugak ada... tapi nasihat baik dari kawan2 setidak2nya boleh bagi kita semangat utk berjuang...

saya tahu aie memang jenis cerewet dlm studi... sebab tu result bagus...

ween - uih! berkobar-kobar nampak.. kawan saya tu ni dah kali ke dua dia mintak. tapi yalah, tak de rezeki lagi...

saya tak pernah pun mengatakan kerja guru ni mudah. adik ipar saya pun cikgu... saya dpt tgk keletihan dia... memang kerjaya cikgu ni bukan kerja sebarangan. bukan calang2 orang dpt bersabar dgn kerenah anak2 murid yg bermasalah... kerenah mak bapak diorg yg kerek2 lagi.

cuma yg seronoknya dpt cuti panjang sampai bosan nak termuntah-muntah... yg tu - memang saya jeles...

Anonymous said...

kesian member chime tu.sy pon ramai memember yg taraf kontrak/sambilan. dorang ada yg berprestasi tinggi tp bila tang nak apply tetap je, asik tak dpt2. sian gak.cuma tulah, kita just boleh cakap sabar, belum rezeki lagi.tp mcm biasa, kita tak berada di tpt mereka, jadi kita tak tau betapa frustnye dorang. mcm phrase chime yg aie suka tu ler.

ween, chemot pon respek dan suspek dgn cikgu2 ni.mmg susah nak ajor anak org ni.nak2 budak2 zaman skrg ni cam advance sikit, betul tak? chemot dulu pun nakai gak, setakat kena detention class tu,demerit tu biasa je. tapi bila dah besor2 ni,sian lak kat cikgu2 tuh,hehe. Pasal tule sampai la dok berkontek2 dgn cikgu cikgi di sekolah.

chemot marah betui kot baca kat paper psl parents nak saman skola la,cikgu kena lempang la.bongok betul dorang ni.

kesimpulannya?cerewet? perlu kalo ia melibatkan hak & prestasi kita. tp kot benda2 yg remeh tu,takyah la kot.

ada kene mengena ke komen dgn kesimpulan tuh?cam takde kesinambungan jek..hehe.

ok,tumpang lalu gak.gagagaga (tiru gelak ween)