Saturday, April 11, 2009

jangan bertangguh...

Ada sebab-sebab tertentu kenapa orang tua selalu melarang kita menangguh-nangguhkan kerja. Satu daripadanya ialah tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan sesuatu yang sudah hilang atau tiada ~ walau sesungguh-manapun kita mencuba..

Kerja hari ini tidak boleh boleh dibuat pada hari esok
Pertamanya kerana esok bukan milik kita. Kalau Tuhan nak bagi, kita akan bernasib baik untuk melihat matahari terbit untuk sehari lagi. Kalau Tuhan taknak bagi, kita tak tahu apa yang akan kita lihat esok hari. Keduanya kerana esok sudah hari yang lain. hari yang lain, ada kerja yang lain pula. sekiranya kita bercadang untuk buat kerja hari ini pada hari esok, kita sudah hilang satu hari. Bila datang hari esok, kita terpaksa buat dua kerja - kerja hari semalam dan kerja hari ini. Adakalanya kita berjaya menyiapkan kedua-duanya; banyak kali kita akan terkandas. Kerana satu hari yang hilang itu tidak dapat diganti ~ walaupun hari esoknya kita bekerja 24 jam.

Sakit hari ini tidak boleh disembuhkan pada hari esok
Mulanya disangkakan pening kepala yang biasa jadi tidaklah dibuat apa-apa. Kemudian bila pening kepala lagi, ditelan sebiji dua panadol. lama kelamaan sakit kepala lagi baru dirujuk kepada doktor. Pada ketika itu, doktor akan kata sudah tidak boleh diselamatkan. Sangkanya pening kepala tetapi sebenarnya ada barah di otak. Kata doktor kalau dulu terus dibawa ke doktor, boleh lagi nak rawat. Sekarang dah tak boleh. Maka kita pun mencari doktor yang terbaik di hospita yang terbaik. Malangnya tidak ada apa-apa yang boleh dibuat sedangkan kalau dari mula sudah dibawa ke doktor, sakitnya boleh dirawat oleh doktor biasa di hospital kerajaan sahaja.

Kasih sayang hari ini tidak boleh ditunjukkan pada hari esok
Adakalanya kita selalu mencari masa yang sesuai untuk meluahkan rasa sayang kita pada orang lain. Adakalanya kita selalu menunggu satu masa yang sesuai untuk menunjukkan kita prihatin terhadap orang-orang di sekeliling kita....dan kebiasaannya masa itu bukan hari ini. Adalah sangat tragik jika pada esok hari orang itu sudah tiada. Kita boleh menangis, kita boleh menyediakan yang terbaik untuk jenazah mereka tetapi kasih sayang untuk orang yang sudah tidak bernyawa tidak sama dengan kasih sayang untuk orang yang masih hidup. Lebih tragik jika orang yang tidak bernyawa itu menghembuskan nafas dengan menyangkakan tiada siapa yang menyayanginya sedangkan ramai orang yang sayang kepadanya ~ cuma mereka menangguhkan perasaan mereka.

Tidur hari ini tidak boleh diganti pada hari esok...
Saya sudah mencubanya tetapi saya hanya boleh tidur selama 8 jam. Kalau waktu tidur yang normal ialah 8 jam dan semalam saya tidur hanya dua jam, sepatutnya hari ini saya boleh tidur selama 14 jam.... tapi tepat 8 jam saya sudah terjaga...


jangan ditangguhkan apa yg kita dpt buat hari ini ke hari esok

16 comments:

Tirana said...

Kerja bertangguh tak menjadi..hehehe.. Kak Tirana pun selalu tangguh2 especially iron kain baju sbb paling tak suka buat kerja tu..sudahnya kain baju bertimbun2 nak kena iron..hehehe..Bila tengok dah jadi bukit macam tu...lagi malas dan letih nak buat.. nampaknya kena ubah sikap yang satu ni..Kerja2 lain alhamdulillah buat on time..

Ad Rifza said...

Ok mula hari ni tak bleh tangguh2 dah..kena cakap kalau kita sayang someone...tapi bila kita cakap..sebelah sinun tak cakap kita jugak tertunggu2...camana tu?..Camna nak suruh yg sebelah sinun tak tangguh tangguh jugak?..hehe..
Nak kawin tak bleh tangguh2 tapi kalau takde duit kena gak tangguh kan?hmmhmmm..

dr itu! said...

ok... tak mau bertangguh dah... hahaks...

:: Wiween :: said...

ehh kadang2 ween terbabas tido 12 jam sbb nak ganti tido semalam. apa citer tu? gagagaggaga :p

i.am.me. said...

alamak...byk jgk keje yg tertangguh ni....mulekan skarang!!!

Sufi Idany said...

huhuhu kadang2 bukan sengaja nak tangguh2kan keja abg Chime.... tp tu laa..... malas merajai hati.... maka ada laa kerja2 yang bertangguh.... bertangguh2 ni tk bagus....tp....apa nak buek..... semoga ada esok untuk kita sekali pun dalam samar rasa.... hihhihi.....

Unknown said...

ehehe... minat comment En.mel atas tu..
bila mahu kawin ya?...
uhurk3!!

ASYIQ said...

`Adakalanya kita selalu mencari masa yang sesuai untuk meluahkan rasa sayang kita pada orang lain.....`

Sudahnya bila ditangguh2 melepaslah peluang utk menyatakan cinta.....

Macam saya pernah rasa la pengalaman ni...hu hu.

Keri AlHaj said...

mel - ko memang nak kena tau.. meh sini ko... meh sini...




kak tirana - saya pun paling malas gosok baju... biasanya dah dekat2 time nak pegi kerja barulah sibuk nak gosok... hahah




ad - yess... jgn ditanguh-tanguhkan kalau nak luahkan rasa hati... soal belah sinun tu nak terima ke tak, tu soal lain... kalau pun belah sinun tu ada tangguh2 sikit tu mungkin sebab dia nak fikirkan keputusan terbaik.




bul bul - saya pun byk menangguh jugak sebenarnya.. hahah - abih camno.



ween - alahhh besalah kan... saya pun, selalu jugak terlajak walaupun semalam dah tidur cukup... tidor memang syokkk kan...



miechi - yeah... kain baju tu jgn lupa cuci pulak ya... heheh





ida - haha... tangguh-tangguh ni memang pertamanya disebabkan malaslah kann... kalau rajin takdelah tangguh-tangguh. ya.. moga esok masih ada. Tapi kenapa ya, mesti tunggu esok kalau hari ni kita boleh selesaikan sesuatu tu... kalaulah esok dah tak ada...




ejump - oooo... besekongkol dgn budak mel tu pulak ek... nanti saya kawin la...





asyiq - uih... ada pengalaman ya... hehe.. tak pe. dah temui cinta yg lebih hebat kan?

IamYonna said...

dlm kerja,yonna mmg agak suka bertangguh! hahahha. nak lenggang2 dulu :p

bab2 kemas baju pun sama. last minute baru nak kemas semua,last2 brg byk tertinggal :D

tp bab2 menyatakan sayang kat org ni, takkan pernah bertangguh! hahaha :p

love ur post,bro! :)
sort of a reminder to us.
tq :)

joegrimjow said...

stu ag pasal tandas
klu tangguh
sembelit jawabnya

addyaholix said...

ada perkara yang bagus kalau kita tangguh. shoping misalannya. haha!
saya selalu tangguh-tangguh tunggu sale. kadang-kadanglah haha!

haaa. habis bila nak kahwinnya bang?
tak baik tangguh-tangguh. haha!

namanya siapa ya. oh ya sufi. cantik nama =)

Keri AlHaj said...

yonna - hahaha.. sekurang-kurangnya ada jugak yg yonna tak nak tangguh... heheh...




joegrimjoe - betull, tangguh perkara tu memang cari penyakit lahh...




addy - haa.. kalau nak tahu satu rahsia, bab kawin ni, sebab tertangguhlah yg menyelamatkan saya dari jadi duda tau... hahaha.. senang2 nanti saya citer pasal ni.

dan ya... mana tahu nama dia sufi ni?? - nama dia bukan sufi... tapi kitorg panggil dia sufi.

addyaholix said...

duda? ok topik dah macam makin menarik ni bang. haha!
ok senang-senang nanti cerita pada saya ok.

oh ya. tahu nama sufi dari blog kawan abang, mel tu. sejuk je dengar nama sufi. tak kisah la nama apa. janji bahagia kan. haha!

dan nanti pesta buku jangan lupa datang. kata peminat buku kan =)

addyaholix said...

ohhh sedap namanya.
sebab tu jadi sufi ya?
sufi dengarnya kelihatan suci =)

nanti saya buat filem.
tajuknya "sesuci kasih sufi" atau pun "cinta seorang sufi". haha!

Keri AlHaj said...

haha... kisah ni kisah sedih sebenarnya... bukanlah kisah yg menarik sgt...
-pesta buku tu memang saya akan pergilah. tapi tak tahu bila... sekarang ni payah sikit tak mcm tahun lepas-lepas. tahun lepas saya dok kl... senanglah.

huih - nak buat filem pulak ke... saya pun tgh dok menulis satu cerita tajuk "sesuci kasih sofea"... mcm berkebetulan pulak ya tajuk pilihan kita...