Wednesday, November 19, 2008

Sekadar catatan rojak...

Macam biasa... dalam hidup kita, kita jarang menghargai apa yang kita ada. Biasanya kita lebih berminat dengan apa yang orang lain ada dan menjadi cita-cita untuk kita memperolehi apa yang orang lain ada. Di samping itu kita juga ada perasaan untuk memiliki sesuatau yang orang lain tidak miliki... kerana dengan demikian, orang akan memandang kita dengan rasa kagum...

Sebab itulah, di dalam piala dunia kita melihat 22 orang merebutkan sebiji bola. Bukan kerana mereka tidak berkemampuan untuk memiliki sebiji bola sendiri... Di dalam bola sepak, ini dipanggil bola itu bulat. Main ala-ala samba masih jugak tak menang... Tapi yang main bertahan dan serang sekali-sekala itulah yang menang (errkkk... macam tak berapa kena je contoh ni dgn point kat atas tu)...

... Kadang-kadang bila semua usaha sudah gagal, kita serahkan sahaja kepada Tuhan. Kerana apa-apa sahaja yg datang dari Tuhan itulah yang terbaik ---> walaupun kadang-kadang kita melihatnya sebagai sesuatu yang tidak baik...

Keindahan dan kecantikan adalah perkara subjektif... kata orang putih, keindahan terletak pada mata pemerhati... Kata orang, indah itu membuat kita rasa bahagia. Kata orang, cantik itu akan membuatkan hati kita sejuk... Mungkin sebab itulah kebanyakan manusia akan cuba mencari kecantikan dan keindahan. Tetapi kecantikan dan keindahan itu kadang-kadang hanya cantik di mata.----> kata orang, jangan menilai buku dari kulitnya... kerana itulah tercipta istilah 'kecantikan dan keindahan dalaman'
Yelahh kan... biar buruk di luar tapi cantik di dalam. Biar sakit di mata, jangan sakit di hati... Tidak ada yang lebih baik dari mempunyai hati yang baik... bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga secara emosi... hati yang baik adalah punca bagi semua perkara baik. Keindahan dan kecantikan dalaman ini juga hanya diberi secara semulajadi oleh Tuhan kepada insan-insan terpilih. Tetapi bagi mereka yang tidak - ia boleh dilatih dan dipupuk. Ia tidak mungkin datang dengan melatihnya sehari, mungkin memakan masa bertahun-tahun. Tetapi jika kita fikirkan keindahan dan kecantikan yang lebih baik... adalah amat berbaloi untuk kita mencarinya...

Masalahnya... tiada siapa peduli apakah kecantikan yang ada dalam diri kita. Orang hanya akan peduli atau tidak kita secara luaran - dan kita semua tahu mulut manusia memang lebih susah di tutup berbanding mulut tempayan....

Kadang-kadang bila tidak dapat, kita mahukan sesuatu itu bagai hendak gila... Tetapi bila sudah dapat, kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya kita sudah dapat sesuatu. Di dalam beberapa keadaan, kita tidak mahu apa yang kita dapat.. tetapi tidak semua benda dalam dunia ni kita boleh dapat dalam sekelip mata... Kadang-kadang kita memang telah ditentukan utk tidak mendapat apa yang kita inginkan sampai bila-bila... itulah rezeki nama dia... masih lagi nak merujuk pada SMS yang saya terima... "Kalau tak dapat apa yang kita suka... kita kenalah suka apa yang kita dpat"... saya suka ucapan ni... terkesan di hati...

Ummm... kadang-kadang bila kita memberi sesuatu kepada orang lain, kita tidak boleh selalu mengharapkan apa-apa balasan...

"Ikhlaskan aje lah... Mudah-mudahan akan di ganti dengan yang lebih baik".... Itu nasihat 'orang belah sana' satu hari ketika saya mengadu padanya tentang kehilangan Handphone saya..
Ya... mudah-mudahan akan digantikan dengang rezeki yang lebih baik...
Mudah-mudahan akan diganti dengan i-mac G5 20"... ... Yihaaaa... teruja gila tgk keybord dia yang nipis cute tu... huh!!
apa-apa lah.....


19 comments:

:: Wiween :: said...

whoaa...nak i-mac teros. camna ropa i-mac tu?? ade cam roti x? :D

AiE bAhRi said...

wah...
byknye kadang2..
tp kadang2 saya juga teringin i-mac tu...hehehe

Keri AlHaj said...

ween - i mac biasa je ween... yg kaler biru tu... tapi i-mac G5 20" tu luar biasa sikit... nipis... cute... lawaaaa.... tak caya cuba beli

aie - kadang2 i-mac pun tak mahal mana sgt... ehh! i-mac mana mahal pun... kasi angkat satu lah...

:: Wiween :: said...

tamo beli. henpon x penting buat ween. :p

Keri AlHaj said...

i-mac g5 20" bukan teponlah... komputer apple tu...

:: Wiween :: said...

halemak...suda terserlah penyakit buta teknologiku!! agagagaga *tutup muke ngan keyboard*

Keri AlHaj said...

takpe... tutup lama2 sikit ya... jgn bagi org nampak... org tak tahu sgt pasal i-mac ni... org2 grafic memang sukalah pakai menatang ni... dapat i-mac G5...memang beshhhh...

:: Wiween :: said...

tp chocolate indulgence jugak besh ! agagaga *payah betol ngidam kek mlm2 buta nih!*

Rosie Rose said...

uwahhh.. citer pasal choice, pasal nasib, pasal usaha.. betul2 menjentik hati eena. yelah, tgh2 dugaan kuat ni. sama2 la kite doakan masing2 dapat yg terbaik dan apa yg diinginkan *waduhhhh kalau mood dah swing.. ayattttt tak tahan!!!!* jgn termuntah lak chime :P

Keri AlHaj said...

chocolate indulgence tu memdape sebenarnya... chis cake saya tahulah

eena - Kuasa kita hanyalah utk merancang, Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang... semuanya Dia yg tentukan...apa pun yg berlaku kat kita satu-satu masa itulah yg terbaik untuk kita pada masa tu... sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita... dugaan menguji kesabaran... kita doakan sama2 segala keinginan akan tetcapai... **ceh! ayat pun sama tak hengat ni - loya jugak bila baca ayat sendiri mcm ni**

@xiM said...

banyaknyer kadang kadang..hehe

Ad Rifza said...

Kad dang kad dang...Jarang jarang...so hargai apa yang kita ada bukan dengan kadang kadang tetapi selalu dan sentiasa...

Keri AlHaj said...

axim - sebab hidup kita memang penuh dgn kadang-kadang

ad - betul tu... hargailah apa yg kita ada... (nasihat utk diri sendiri nih)

Sufi Idany said...

abg chime.....

Keri AlHaj said...

iya dek... nape

anap_ilmi said...

berfikir sejenak dek tulisan penuh ilmu..

Puteri Amna Balqies said...

ni cite pasal computer ke??hehehe

i.am.me. said...

dun take things for granted :)hargailah apa yg kita ade seblum terlambat...

Keri AlHaj said...

anap - errr, tulisan penuh ilmu... errr... boleyy lahhh...

aqies - citer pasal i-mac

insan di bumi Allah - yeah... rite