Monday, November 24, 2008

Yang sering dilupakan

Semenjak kebelakangan ini, kehidupan mula teratur semula (walaupun sangat sibuk sebenarnya). Kenangan tetap utuh di situ. Suatu tempat yang istimewa, di sudut memori. Kalau ditakdirkan kita hanya ada kenangan, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita pernah rasa gembira bersamanya. Biarlah orang lain tidak bersandarkan pada kenangan...

Masa kini adalah apa yang kita inginkan. Hidup juga kerananya, kegembiraan kita adalah atas usaha kita juga. Kalau kita memilih untuk berduka. Buatlah sampai puas, berdukalah semahunya. Tapi mungkin kedukaan kita akan lebih memberi derita kepada orang yang benar-benar menyayangi kita tanpa syarat. Kedua ibu bapa kita misalnya, merekalah yang paling terseksa bila melihat kita seperti telah putus asa dalam hidup. Mereka jadi serba salah jika kita mendiamkan diri dan tidak bermaya..


Perjalanan masih panjang~ usah menggigil menghadapinya walau sendirian. Memang payah pada mulanya tapi masa juga akan menyembuhkan segala luka. Mana ubatnya? Kita perlu menyembuhkannya sendiri. Ubatnya adalah bila kita telah sedar bahawa segala yang berlaku adalah atas ketentuanNya. Semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz. Bila kita menyedari tidak semua orang berfikiran selari dengan kemahuan kita...

(perenggan ini adalah khas untuk teman saya yang seorang tu - yang sedang berduka cita)... Andai ada kenangan yang perlu dilupakan.. lupakanlah.. Lupakan sahaja tapi jgn dikikis kesemuanya. Simpan sedikit untuk dijadikan pengajaran ~ bina segalanya dari keruntuhan itu. Bina ruang baru untuk sesuatu yang baik buat diri kita sendiri. Mungkin kita tidak mampu menempuhinya semula. Tapi itu adalah kitaran yang perlu kita lalui. Dalam hidup ini kita punya pilihan, kerana itulah titik mula segalanya. Kerana pilihan jugalah dia melangkah pergi. Dia memilih untuk meninggalkan segala kenangan yang ada. Biarkanlah, mungkin itu lebih baik baginya. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa kita disisinya.. dan mungkin juga kita akan lebih bahagia tanpa dia di sisi kita... Apa pun yang berlaku pada kita pada satu-satu masa, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita... Sebab itu ketentuan Allah.. dan Allah tahu yang terbaik...
Percayalah, andai dia bukan jodohmu, ada jodoh yang telah ditentukan Allah untuk mu di luar sana. Percayalah, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik juga.. Percayalah, pengalaman luka ini akan mendewasakan mu...
dan percayalah ku faham duka mu itu, kerana aku juga pernah lalui hal yang sama tapi dengan cara berbeza...
bersabarlah... bersyukurlah... berhentilah berduka... sesungguhnya duka mu adalah duka kami semua....

••••••••••••••••••••••••••••••••


...selalu-selalu lah ingatkan kekawan yang lain dengan niat agar kita terkesan dengan tutur kata kita. Lagik banyak kita berkongsi nasihat dan ilmu, insyaAllah..lagi banyaklah hati kita akan terkesan dengan kata-kata kita sendiri. Akhir sekali, semua ini bukanlah berniat untuk mengajar orang tetapi sekadar peringatan/nasihat tegas untuk diri sendiri

20 comments:

:: Wiween :: said...

aiseyman...mengapakah tuan puteri agak terasa membaca entry ini? gagagagagag *lariiiiiiiiiiiiiiiiiii menyorok!*

Keri AlHaj said...

ya... mungkin kerana tuan puteri tersebut telah dilukakan pada satu masa dulu... atau mungkin jugak pernah melukakan... errr... sape dah nama putera tersebut... han chee tai??

i.am.me. said...

uhuk~

Keri AlHaj said...

oit... terbatuk pulak ya.. nak ubat batuk ke

Puteri Amna Balqies said...

ermm sedih lak bace n3 ni..ermm pengalaman mengajar ati ni jadi lebih tabah..dan menerima ape yg terbaik yg di suratkan utk diri ini..huhuhu pe pun idup perlu di teruskan..ya atau pun tidak ari esok mase ade utk kite sume..jgn terlalu berduke ubatla dengan taqwa dan iman moga pertemu dengan yg terbaik di mase akan dtg insyaallah..wahhh sedih kan..aqies pun penah rase gak..tapi idup mesti enjoy kejap jew tu..esok2 ok la..

cappuccino said...

alahai siannye pd kwn chime tu..takpe jgn sedey2..dh bukan jodoh..bkn rezeki dia..Tuhan tu maha adil..mungkn nanti dia akan peroleh yg lagi baik..lagi cantik..lagi elok...tkyah dok bermuram durja..hepy2 sokmo utk kwn chime tu deh..eh eh ustaz chime ne bagus btul la bab2 bagi tazkirah ne..baca kitab tajul muluk ke ne hehhehe..

Keri AlHaj said...

aqies - memang betul... apa2 pun. hidup kena terus....

bro - sedihkan? saya yg rapat dgn dia ni pun tumpang sedih sgt2 tgk dia tak de semangat...
kitab tajul muluk??? erkkk... saya selalu baca kitab kuning... dgn majalah ujang... heheheh.

Chika Chika said...

eiiiii...
entry chime ni semua syahdu-syahdu betullah.

bilakah anda membuat entry?
biar say teka.
malam lah bukan?
sebab ayat anda berciri ayat malam. kalau siang tak berapa syahdu ayat dia

HAHAHA

Keri AlHaj said...

oit.. chika kah itu.. ni apesal pulak berimej ala-ala 'ayat-ayat cinta' pulak ni. bersempena musim hajikah?

memang saya selalu menulis malam. siang takleh... sebab kerja laaa... bbaru je nak menulis, nampak muka boss lalu kot tepi terus hilang segala idea.. heheh...

Chika Chika said...

ni bukan ayat-ayat ccinta (tolong faham sket) ni NINJA hitam la.

err.
apa salah menulis semasa boss di depan. Tahukah boleh menjadi sumber ilham. Buatlan satu entry tentang bos. Contoh ; 10 sebab kenapa saya kena bodek Boss.

HAHA.

:: Wiween :: said...

errr tuan puteri baik laa.mana ade mencederakan hati org. gagaga :p

Keri AlHaj said...

chika - ninja hitam.. ok ok.. saya paham. tak boleh jadi ninja putih sebab kalau lawam baju cepat kotor pastu keluarlah dialog "baju aku kotor, siaplah engkau dgn isteri aku".. **mcm biasa dengar je dialog tu...**

boss?? sumber ilham?? tapi cadangan utk membuat entri 10 pekara knp saya mesti bodek boss saya tu macam bagus lah bukan?.. hmmm...

ween - oklah... tuan peturi teluk kemang tersebut memang baik... dan suka menjala ketam juga..

:: Wiween :: said...

errr peturi tu ape?? petola kah?? :o :o *melopong selopong lopongnya*

p/s: halemakkk... word vertication kat bwh nih ialah 'pyrock' laa! mcm2 tau2 jek peminat rock ngah menaip komen. kohkohkoh

Keri AlHaj said...

ween peturi tu nama dia... nama penuh dia tuan puteri peturi teluk kemang bt abah dia...

cDeeAbdulRazak said...

nasihat yang cukup bagus... tapi sebagai teman @ sahabat, kita hanya mampu menasihat, memberi pandangan... membuat keputusan adalah pilihan mereka sendiri..

seperti biasenya, mereka yg kecewa lebih rela menderita dari menerima nasihat seperti nie... walaupun cD bukan kaunselor, kes2 cam nie da banyak cD lihat... contoh kekawan rapat cD sendiri..

terpulang la pada mereka untuk buat keputusan, sebagai teman kita telah menjalankan tanggungjawab..

Keri AlHaj said...

betul cD.. bila dah melibatkan hati dan perasaan ni, diorg tak berapa makan nasihat sgt dah... biar makan hati tak pe.. tapi biasalah. baru lagi... lama2 oklah tu. masa yg akan sembuhkan diorang ni... **mcm ada pengalaman je**

:: Wiween :: said...

eleh da silap eja tamo ngak lagik. potong 10 markah! agagaga :p

Keri AlHaj said...

tamo ngak tu apa ya... macam tak cukup sifat je perkataan tu... tamo rongakkah...

:: Wiween :: said...

err nampaknya cikgu silap eja lagik murid-murid.sebenarnya mau taip 'ngaku'. Maaf ye. sok cikgu blanja mkn 'pisanag' *lasagna masakan chime* kihkihkih

Keri AlHaj said...

eleyy cikgu ni... kalau bab cover line.. no satu... hehehe...